Monday, July 28, 2008

APRESIASI SENI VISUAL

Apresiasi adalah perkataan pinjaman daripada bahasa Inggeris iaitu APPRECIATE yang bermaksud penghargaan. Penghargaan atau apresiasi seni merupakan satu bentuk tindakan yang melibatkan dua deria utama iaitu deria penglihatan dan deria sentuh. Produk seni seperti catan, lukisan , poster, logo, cetakan dinikmati melalui deria penglihatan. Manakala produk seni seperti arca, kraf, binaan, timbulan dan sebarang produk yang bersifat 3-D dinikmati melalui deria sentuhan dan penglihatan. Untuk menikmati produk seni dengan lebih berkesan, penguasaan terhadap laras bahasa seni tampak adalah amat penting. Laras bahasa seni adalah seperti unsur-unsur seni, prinsip rekaan, bahan, alat, teknik dan gayaan, terminologi serta simbol. Proses pembacaan produk seni sama ada secara lisan atau bertulis dengan menggunakan laras bahasa tampak tertentu disebut sebagai proses pemahaman dan kritikan seni.

1.Mazlan Bin Mohd – Pendidikan Seni : Prinsip Pendidikan Seni-Siri Pendidikan Perguruan m/s 4.

No comments: